Wednesday, 12 November 2014

Tips untuk ibu bekerjaya sentiasa bertenaga dan cergas

Assalamualaikum


Ramai ibu2 bekerja skrg ni, tapi di penghujung hari, pasti kite dh keletihan kan

Bila fikir, macamana ada ibu2 yg ada masa dan tenaga nk buat macam2, siap boleh masak setiap hari dan juga tetap boleh bangan awal setiap hari? Ada tips nak urus masa dan rumah dan nak dapatkan tenaga untuk ibu berkerjaya?


Ni antara pengalaman sendiri mengurus rumah dan anak dan kerja skali..
Wah banyaknye. Tp itula rutin kan

Antaranya, boleh amalkan zikir ini setiap masa, pada bila2 waktu teringat, waktu free, waktu marah pun boleh.
Agar sejuk hati kita dan mohon kekuatan agar dpt selesaikan urusan rumah dan sihat tubuh badan.
Juga doa skali utk dapatkan pahala dan redha Allah.
Walau apa pun yg kita buat, tujuan utaman tentulah nk dptkan redha Allah kan.
InsyaAllah

1) Zikir Fatimah


InsyaAllah akan lebih bertenaga. Amalkan dgn konsisten ye.
Pahala pun dpt. 






2)  Amalkan supplemen tambah tenaga. (Set Wellness Shaklee)


Part ni mmg saya amalkan Shaklee.

Teringat pengalaman mengandung anak kedua dan ketika tu anak pertama masih umur 2y+ saje. Masih kecil
Jadi awal2 mengandung mmg asyik letih je. Nak jaga anak lg..urusan rumah lg..aduyaii.

Teringat pesanan kawan. Kene makan supplemen..kalau tak..anak akan terabai..Sian kat anak kan

jadi saya pun konsisten makan Shaklee (Vitalea, Bcomplex, Vit C, Ostematrik). Masa ni mmg guna set ini je utk supplement tambahan. Masa dh masuk 3rd trimester baru add dgn Omega.
Alhamdulillah dgn izin Allah kesihatan dan tenaga badan semakin baik






Yg penting harus berusaha untuk menambah baik nilai kehidupan kite kan.
Kita berusaha, Allah yg menentukan

Jom berusaha jadi ibu dan isteri yg lebih baik


Jika ingin dapatkan produk-produk Shaklee bolehla menghubungi saya di:
 SMS/ Whatsapp: 012 368 7774 -NURUL
Email: sihatcantik10@gmail.com


Boleh COD di kawasan seperti berikut:
- Bukit Jelutong - Denai Alam - Alam Suria  - Cahaya SPK - TTDI Jaya - Seksyen 13 - MSU


Boleh COD di kawasan Shah Alam  dan penghantaran melalui pos ke seluruh malaysia.

SMS/ Whatsapp untuk harga terbaik dari kami!


Tuesday, 11 November 2014

Ibu bekerjaya tak cukup masa? Penat dan letih setiap hari? Cuba tips ini


Ni tips dapat dari web PaMa.. best2..bole try n amalkan..
Cuba cari masa..insysAllah dpt buat kan

Tip menyediakan sarapan
*Sediakan menu ringkas berasaskan roti  seperti roti bakar, sandwic, telur hancur, telur separuh masak, bijirin bersama susu atau nasi goreng.

Tip menyediakan makan malam
*Rancang menu masakan untuk seminggu lebih awal. Ia dapat menjimatkan masa untuk berfikir dan membuat persediaan bahan-bahan.
*Bagi memendekkan waktu memasak, pastikan semua bahan masakan disediakan lebih awal. Buat stok cili kisar, segala bawang, daging, ayam, ikan siap disiang dan dinyahbeku.
*Sediakan hanya dua menu untuk makan malam hari bekerja iaitu berasaskan daging, ayam atau ikan bersama sayur.
*Masak hidangan lauk yang mudah dimasak seperti ikan stim, isi ayam masak masam manis, daging masak kicap atau ikan goreng. Untuk sayur pula, tumis, masakk sup atau salad sayuran.

Tip menggosok pakaian
*Gosok pakaian pada hujung minggu untuk kegunaan seminggu.
*Gantung pakaian yang sudah digosok berasingan bagi mengurangkan kedutan.
Tip mengemas rumah
*Sapu dan kemas barang-barang yang bersepah setiap hari.
*Kemas rumah setelah anak-anak kecil tidur bagi mengelakkan mereka membuat sepah lagi.
*Di hujung minggu, buat jadual mengemas yang berat seperti vakum, mop lantai, cuci bilik air dan mengelap habuk almari.
*Sediakan bakul atau tempat menyimpan barang mainan anak supaya lebih teratur dan mudah disimpan.

Tip mencuci pakaian
*Cuci pakaian kotor dan setiap hari untuk mengelakkan daripada mencuci terlalu banyak pada waktu cuti dan terus sidai sebelum masuk tidur.
* Lipat pakaian kering segera dengan bantuan suami dan anak-anak untuk mengelakkan ia bertimbun lebih banyak dan berkedut.
Biarpun sibuk dengan urusan kerja-kerja rumah jangan abaikan anak-anak yang perlukan perhatian. Luangkan masa sekurang-kurangnya satu jam dengan anak-anak. Pelukan, ciuman dan berbual-bual dengan mereka sambil membuat kerja membantu mengeratkan hubungan ibu dan anak. Pastikan sebelum tidur anda bercerita atau membacakan buku cerita untuk mereka.


Sumber : PaMa

Saturday, 8 November 2014

Pengedar Sah Shaklee Di Shah Alam (Bukit Jelutong, Denai Alam, Alam Suria, Chaya SPK, TTDI Jaya, Seksyen 13)

Assalamualaikum,

Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Shah Alam dan seluruh malaysia  :D

Boleh COD di kawasan seperti berikut:
- Bukit Jelutong
- Denai Alam
- Alam Suria
- Chaya SPK
- TTDI Jaya
- Seksyen 13
- MSU

Jika ingin dapatkan produk-produk Shaklee bolehla menghubungi saya di:

Sms: 012 368 7774
Whatsapp: 012 368 7774
Email: sihatcantik10@gmail.com

Boleh COD shah alam area, dan penghantaran melalui pos ke seluruh malaysia.

SMS/ Whatsapp untuk harga terbaik dari kami!

Berminat untuk menjadi ahli Shaklee? Boleh hubungi saya juga!
InsyaAllah kumpulan kami akan membimbing anda menjana pendapatan dgn Shaklee

"It's better to try and fail, than not trying at all"

Friday, 3 October 2014

Kelebihan ibadah korban yang perlu diketahui


Tidak dapat dinafikan lagi, ibadah qurban atau penyembelihan haiwan qurban merupakan satu ibadah yang cukup mulia. Ibadah ini yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT, jika dilaksanakan, inshaAllah akan beroleh banyak fadhilatnya. Sesungguhnya fadhilat serta kelebihan ibadah qurban ini, amatlah besar buat mereka yang melaksanakan perintah Allah ini. Antara fadhilatnya yang dapat saya kongsikan bersama di sini termasuklah:

1. Menambah amal kebajikan.

Zaid bin Arqam R.A. meriwayatkan (maksudnya): “Para sahabat Rasulullah bertanya: ‘Wahai Rasulullah! Apakah yang ada pada qurban itu?’ Rasulullah menjawab: ‘Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim’. Mereka berkata: ‘Apa yang akan kami perolehi darinya wahai Rasulullah?’ Rasulullah menjawab: ‘Bagi setiap helai rambut satu kebajikan’. Mereka berkata: ‘Bagaimana pula dengan bulu wahai Rasulullah?’ Rasulullah menjawab: ‘Bagi setiap helai bulu satu kebajikan.’” (Hadith riwayat Ibnu Majah)
* Pengertian kebajikan (hasanah) mempunyai maksud yang berbeza-beza di kalangan para ulama’ ahli tafsir. Hasanah adalah satu perkataan yang mempunyai maksud yang subjektif. Terdapat banyak penjelasan daripada mereka tentang tafsiran kalimah ‘hasanah’, antaranya:
# Ibnu Kathir: Kebajikan atau kebaikan (hasanah) di dunia itu meliputi semua yang bersifat keduniaan seperti sihat, selamat, tempat tinggal yang luas, isteri yang baik, rezeki yang banyak dan sebagainya. Manakala hasanah di akhirat pula, yang paling tinggi ialah masuk syurga dan selanjutnya semua kebahagiaan yang menjadi pelengkap kehidupan dalam syurga itu.
# Al-Qadhi al-‘Iyadh: Hasanah itu ialah ni3mat iaitu sama ada ni3mat dari segi limpahan kurnia di dunia atau limpahan kurnia di akhirat atau ni3mat terpelihara dari siksaan.
# Imam Al-Qurthubi: Hasanah membawa maksud iman. Sebagai contoh, barangsiapa yang mengucapkan syahadah, maka baginya setiap amalan kebaikan yang dilakukannya di dunia ini akan digandakan dengan sepuluh ganda dari segi pahalanya. Ini adalah berdasarkan hadith Rasulullah SAW yang bermaksud: “Allah berfirman: Sesiapa yang datang (melakukan) satu kebajikan, maka baginya sepuluh ganda pahala sepertinya dan Aku (Allah) akan menambahnya lagi.” (Hadith riwayat Muslim)

2. Mendapatkan keampunan bagi menebus dosa yang lalu.

Sabda Rasullah SAW kepada Sayyidatina Fatimah (maksudnya): “Hai Fatimah,berdirilah di sisi qurban mu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu”. (Hadith riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

3. Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah.

Sabda Rasullah SAW (maksudnya): “Wahai manusia, sembelihlah qurban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah qurban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla.” (Hadith riwayat Thabrani)
Rasulullah SAW juga pernah bersabda (maksudnya): “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Qurban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih haiwan qurban). Sesungguhnya haiwan qurban itu akan datang pada Hari Qiamat nanti lengkap dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan qurban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu laksanakan qurban itu dengan hati yang bersih.” (Hadith riwayat Tirmidzi)

4. Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim di akhirat kelak.

Sabda Nabi Muhammad SAW (maksudnya): “Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu di titian pada Hari Qiamat”.

Wednesday, 1 October 2014

ESP: Hot product. Kenapa jadi hot sangat??


 
 
Siapa yang perlukan ESP?
  • Ibu yang  sedang hamil – ESP menguatkan rahim & membantu perkembangan otot bayi dalam kandungan.

  • Wanita yang merancang untuk hamil – ESP berfungsi untuk pelihara & pulihara rahim.

  • Ibu yang sedang menyusukan anak kesayangan – ESP membantu mempercepatkan pengeluaran susu dan memekatkan susu badan. Bayi akan mudah kenyang dan ibu tidak perlu berjaga malam untuk menyusukan anak.

  • Mereka yang ingin kurus dan ramping – ESP memberikan rasa kekenyangan yang berpanjangan. Jadi, kita akan kurang selera nak makan banyak2 sekali gus dapat mengawal berat badan.

  • Ingin jadi gemuk – macam pelik je bunyinya. Tapi percayalah, ada je orang yang kurus sangat dan nak tambah berat badan mereka. ESP membantu menganjalkan & memontokkan badan.

  • Ingin sihat – ESP memelihara kesihatan secara menyeluruh. Bila nutrisi dah lengkap, badan akan susah diserang penyakit.

  • Orang yang ingin cantik dan jelita – ESP membuat kulit jadi licin, gebu & cerah tanpa sebarang make up yang berlebihan. Kata orang, natural beauty

  • Orang yang merancang untuk berpuasa - ESP membantu untuk kita bertenaga walaupun sedang berpuasa. Insya ALLAH.

  • Orang yang ingin stabilkan hormon dalam badan - ESP mengandungi khasiat kacang soya yang kaya dengan isoflavin untuk menstabilkan hormon wanita. Isoflavin bertindak mengeluarkan darah kotor daripada badan dan menggantikannya dengan protein yang diperlukan.

Adab Membaca Al-Quran

Di antara adab membaca Al-Quran adalah:
  • Disunatkan membaca Al-Quran dalam keadaan berwudhuk dan dalam keadaan bersih kerana yang di baca adalah ayat-ayat Allah. Tangan kanan hendaklah digunakan untuk mengambil kitab ini, manakala menggunakan kedua-dua belah tangan semasa memegang Al-Quran.

  • Disunatkan membaca Al-Quran di tempat yang bersih, seperti di rumah, surau, musollah dan tempat lain yang dianggap bersih. Tempat yang paling utama adalah di dalam masjid.

  • Disunatkan menghadap ke arah Qiblat ketika membacanya. Bacaan hendaklah khusyu' dan tenang.

  • Mulut hendaklah bersih, tidak berisi makanan. Sebaiknya sebelum membaca Al-Quran, mulut dan gigi dibersihkan terlebih dahulu.

  • Sebelum membaca Al-Quran, disunatkan membaca ta'awwudz, iaitu meminta perlindungan Allah dari gangguan syaitan yang direjam. Doa bagi menerangkan hati juga boleh dibaca sebelum atau selepas membaca ta'awwudz.

  • Disunatkan membaca Al-Quran dengan tartil, iaitu membaca dengan perlahan-lahan dan tenang.

  • Bagi yang memahami maksud ayat-ayat Al-Quran, disunatkan membacanya dengan penuh perhatian dan pengertian tentang ayat-ayat yang di baca.

  • Disunatkan membaca Al-Quran dengan suara yang merdu dan bagus bagi menambah keindahan bacaan tersebut.

  • Seelok-eloknya, ketika membaca Al-Quran, pembacaan hendaklah sehingga tamat tanpa ada diputuskan kerana ingin berbual-bual, ketawa dan bermain-main.Kesucian Al-Quran hendaklah di jaga.
  •  
  • Source: Al-Azim

Thursday, 12 June 2014

Tips dan rahsia kulit cantik yang terbukti berkesan

Tips dan rahsia ni dah ramai org tahu. Saya nak share balik untuk rujukan sendiri dan anda yang lain.

Tips ini menggunakan bahan-bahan semulajadi, so jangan risau mahal or berbahaya ye :D
Bahan-bahan ini membantu wanita untuk sentiasa tampil cantik dan menarik. Selain itu, ia mudah didapati dan murah tanpa perlu berbelanja besar.


1. Gunakan tomato

Bagi mendapatkan kulit muka yang halus, ambil sebiji tomato masak dan kisar halus. Kemudian lumurkan pada muka kira-kira 20 minit. Setelah itu, bersihkan muka dengan air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi untuk membersihkan kulit.

2. Jerawat!! Gunakan asam jawa

Sebagai petua menghilangkan jerawat pula campurkan sedikit asam jawa dengan bedak sejuk. Atau tumbuk sedikit kulit kayu manis dan campurkan bersama dengan bedak sejuk. Lumurkan pada bahagian muka yang mengalami jerawat. Setelah beberapa ketika, bersihkan muka dengan air bersih. Amalkan selalu.

3. Kurangkan kedutan dengan lobak

Mengelakkan kulit muka cepat berkedut bersihkan sebatang lobak merah dan kemudian parutkan lobak itu. Selepas itu, campurkan parutan lobak bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Kacau hingga sebati dan oleskan pada wajah sekali sehari.

4. Licinkan kulit dengan epal dan tomato

Tomato dan epal juga boleh digunakan untuk melicinkan kulit. Caranya, parut tomato atau epal yang cukup masak, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher. Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut. Biarkan selama 20 minit dan selepas itu cuci dengan air suam.

5. Susu segar untuk kulit muka gebu dan licin

Susu segar selain bagus diminum juga bagus untuk mendapatkan kulit muka yang gebu dan licin. Tidak percaya silalah cuba sendiri. Ambil segelas susu segar, sapu pada muka dan gosok-gosok hingga rata, melekit, dan kering. Cuci dengan air suam dan lakukan dua kali seminggu.
 
 6. Makan makanan berkhasiat seperti sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin E dan C
 
Vitamin E dan vitamin C memang sinonim dengan kecantikan kulit wajah dan badan.
Anda boleh baca khasiat vitamin E di sini .

Salah satu tips dan rahsia yang terbukti berkesan adalah dengan pengambilan set kecantikan Shaklee secara konsisten. Ramai yang dah merasai kelebihan set ini dan berjaya mendapat kulit yang sihat dan badan yg lebih segar.

Antara testimonial pengguna yang berjaya menyelesaikan masalah mereka:




Dengan setiap pembelian set kecantikan ini, anda akan mendapat:

1) penghantaran pos percuma
2) konsultasi percuma
3) buku mini Mudahnya menjemput rezeki
4) voucher diskaun RM10 untuk pembelian akan datang dengan kami

Jika berminat, bole dapatkan dari kami di SihatCantek - 012 368 7774 - Nurul

Penghataran produk Shaklee ke seluruh Malaysia.
COD Bukit Jelutong,Denai Alam dan TTDI Jaya