Thursday 12 June 2014

Tips dan rahsia kulit cantik yang terbukti berkesan

Tips dan rahsia ni dah ramai org tahu. Saya nak share balik untuk rujukan sendiri dan anda yang lain.

Tips ini menggunakan bahan-bahan semulajadi, so jangan risau mahal or berbahaya ye :D
Bahan-bahan ini membantu wanita untuk sentiasa tampil cantik dan menarik. Selain itu, ia mudah didapati dan murah tanpa perlu berbelanja besar.


1. Gunakan tomato

Bagi mendapatkan kulit muka yang halus, ambil sebiji tomato masak dan kisar halus. Kemudian lumurkan pada muka kira-kira 20 minit. Setelah itu, bersihkan muka dengan air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi untuk membersihkan kulit.

2. Jerawat!! Gunakan asam jawa

Sebagai petua menghilangkan jerawat pula campurkan sedikit asam jawa dengan bedak sejuk. Atau tumbuk sedikit kulit kayu manis dan campurkan bersama dengan bedak sejuk. Lumurkan pada bahagian muka yang mengalami jerawat. Setelah beberapa ketika, bersihkan muka dengan air bersih. Amalkan selalu.

3. Kurangkan kedutan dengan lobak

Mengelakkan kulit muka cepat berkedut bersihkan sebatang lobak merah dan kemudian parutkan lobak itu. Selepas itu, campurkan parutan lobak bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Kacau hingga sebati dan oleskan pada wajah sekali sehari.

4. Licinkan kulit dengan epal dan tomato

Tomato dan epal juga boleh digunakan untuk melicinkan kulit. Caranya, parut tomato atau epal yang cukup masak, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher. Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut. Biarkan selama 20 minit dan selepas itu cuci dengan air suam.

5. Susu segar untuk kulit muka gebu dan licin

Susu segar selain bagus diminum juga bagus untuk mendapatkan kulit muka yang gebu dan licin. Tidak percaya silalah cuba sendiri. Ambil segelas susu segar, sapu pada muka dan gosok-gosok hingga rata, melekit, dan kering. Cuci dengan air suam dan lakukan dua kali seminggu.
 
 6. Makan makanan berkhasiat seperti sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin E dan C
 
Vitamin E dan vitamin C memang sinonim dengan kecantikan kulit wajah dan badan.
Anda boleh baca khasiat vitamin E di sini .

Salah satu tips dan rahsia yang terbukti berkesan adalah dengan pengambilan set kecantikan Shaklee secara konsisten. Ramai yang dah merasai kelebihan set ini dan berjaya mendapat kulit yang sihat dan badan yg lebih segar.

Antara testimonial pengguna yang berjaya menyelesaikan masalah mereka:




Dengan setiap pembelian set kecantikan ini, anda akan mendapat:

1) penghantaran pos percuma
2) konsultasi percuma
3) buku mini Mudahnya menjemput rezeki
4) voucher diskaun RM10 untuk pembelian akan datang dengan kami

Jika berminat, bole dapatkan dari kami di SihatCantek - 012 368 7774 - Nurul

Penghataran produk Shaklee ke seluruh Malaysia.
COD Bukit Jelutong,Denai Alam dan TTDI Jaya


Kepentingan Vitamin E Shaklee untuk kulit cantik bersih berseri

Antara vitamin yang popular di kalangan pengguna Shaklee adalah vitamin E.
Kenapa vitamin E?? Kenapa ramai wanita suka vitamin ni?
Semuanya disebabkan..vitamin E ni sgt sinonim dgn kecantikan kulit.

Antara kelebihan vitamin E adalah:

1. Berkesan menghilangkan parut

 Ramai yang dah mencuba menggunakan vitamin E  untuk menghilangkan parut di muka seperti parut jerawat. Malah ia juga dicadangkan oleh doktor untuk diamalkan selepas pembedahan untuk menghilangkan parut pembedahan. Vitamin E Shaklee boleh dipecahkan dan disapukan vitamin itu di seluruh muka sebagai masker dan untuk mempercepatkan proses menghilangkan parut selain dimakan.

2. Mengurangkan kedutan / menggalakkan penghasilan kolagen

Semakin kita tua, semakin kurang penghasilan kolagen di dalam badan untuk menegangkan kulit. Kolagen penting utk menganjalkan kulit, anti penuaan, menyuburkan rambut, menyokong kesihatan sendi dan tulang dan mencerahkan kulit badan dan wajah.
Maka vitamin E ini akan membantu menggalakkan penghasilan kolagen, mengurangkan kedutan dan mempercepatkan penghasilan sel baru.

3. Meningkatkan kesuburan.
Vitamin E sesuai diamalkan oleh lelaki dan wanita yang merancang untuk mendapatkan zuriat.

4. Merendahkan kolestrol dalam badan.
Ia juga boleh menjauhkan penyakit jantung/strok

5. Meningkatkan keinginan seksual antara suami isteri


Set kecantikan Shaklee yg sgt popular adalah set yang terdiri dari :

B complex + Vitamin E + Vitamin C


Setiap pembelian set kecantikan ini akan mendapat voucher RM10 untuk diskaun pembelian vitamin akan datang di kedai kami :)

Hubungi Nurul 012 368 7774 untuk konsultasi dan pertanyaan