Di antara adab membaca Al-Quran adalah:
-
Disunatkan membaca Al-Quran dalam keadaan berwudhuk dan dalam keadaan bersih kerana yang di baca adalah ayat-ayat Allah. Tangan kanan hendaklah digunakan untuk mengambil kitab ini, manakala menggunakan kedua-dua belah tangan semasa memegang Al-Quran.
- Disunatkan membaca Al-Quran
di tempat yang bersih, seperti di rumah, surau,
musollah dan tempat lain yang dianggap bersih. Tempat
yang paling utama adalah di dalam masjid.
- Disunatkan menghadap ke arah
Qiblat ketika membacanya. Bacaan hendaklah khusyu'
dan tenang.
- Mulut hendaklah bersih, tidak
berisi makanan. Sebaiknya sebelum membaca Al-Quran,
mulut dan gigi dibersihkan terlebih dahulu.
- Sebelum membaca Al-Quran, disunatkan
membaca ta'awwudz, iaitu meminta perlindungan
Allah dari gangguan syaitan yang direjam. Doa bagi
menerangkan hati juga boleh dibaca sebelum atau
selepas membaca ta'awwudz.
- Disunatkan membaca Al-Quran
dengan tartil, iaitu membaca dengan perlahan-lahan
dan tenang.
- Bagi yang memahami maksud ayat-ayat
Al-Quran, disunatkan membacanya dengan penuh perhatian
dan pengertian tentang ayat-ayat yang di baca.
- Disunatkan membaca Al-Quran
dengan suara yang merdu dan bagus bagi menambah
keindahan bacaan tersebut.
- Seelok-eloknya, ketika membaca Al-Quran, pembacaan hendaklah sehingga tamat tanpa ada diputuskan kerana ingin berbual-bual, ketawa dan bermain-main.Kesucian Al-Quran hendaklah di jaga.
- Source: Al-Azim
No comments:
Post a Comment