Tips dan rahsia ni dah ramai org tahu. Saya nak share balik untuk rujukan sendiri dan anda yang lain.
Tips ini menggunakan bahan-bahan semulajadi, so jangan risau mahal or berbahaya ye :D
Bahan-bahan ini membantu wanita untuk sentiasa tampil cantik dan
menarik. Selain itu, ia mudah didapati dan murah tanpa perlu berbelanja
besar.
1. Gunakan tomato
Bagi mendapatkan kulit muka yang halus, ambil sebiji tomato masak dan kisar halus. Kemudian lumurkan pada muka kira-kira
20 minit. Setelah itu, bersihkan muka dengan air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi untuk membersihkan kulit.
2. Jerawat!! Gunakan asam jawa
Sebagai petua menghilangkan jerawat pula campurkan sedikit asam jawa
dengan bedak sejuk. Atau tumbuk sedikit kulit kayu manis dan campurkan
bersama dengan bedak sejuk. Lumurkan pada bahagian muka yang mengalami
jerawat. Setelah beberapa ketika, bersihkan muka dengan air bersih.
Amalkan selalu.
3. Kurangkan kedutan dengan lobak
Mengelakkan kulit muka cepat berkedut bersihkan sebatang lobak merah dan
kemudian parutkan lobak itu. Selepas itu, campurkan parutan lobak
bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Kacau hingga
sebati dan oleskan pada wajah sekali sehari.
4. Licinkan kulit dengan epal dan tomato
Tomato dan epal juga boleh digunakan untuk melicinkan kulit. Caranya,
parut tomato atau epal yang cukup masak, kemudian gosokkan
perlahan-lahan pada wajah dan leher. Gelatin pada tomato boleh
menghilangkan parut. Biarkan selama 20 minit dan selepas itu cuci dengan
air suam.
5. Susu segar untuk kulit muka gebu dan licin
Susu segar selain bagus diminum juga bagus untuk mendapatkan
kulit muka yang gebu dan licin. Tidak percaya silalah cuba sendiri.
Ambil segelas susu segar, sapu pada muka dan gosok-gosok hingga rata,
melekit, dan kering. Cuci dengan air suam dan lakukan dua kali seminggu.
6. Makan makanan berkhasiat seperti sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin E dan C
Vitamin E dan vitamin C memang sinonim dengan kecantikan kulit wajah dan badan.
Anda boleh baca khasiat vitamin E di
sini .
Salah satu tips dan rahsia yang terbukti berkesan adalah dengan pengambilan set kecantikan Shaklee secara konsisten. Ramai yang dah merasai kelebihan set ini dan berjaya mendapat kulit yang sihat dan badan yg lebih segar.
Antara testimonial pengguna yang berjaya menyelesaikan masalah mereka:
Dengan setiap pembelian set kecantikan ini, anda akan mendapat:
1) penghantaran pos percuma
2) konsultasi percuma
3) buku mini Mudahnya menjemput rezeki
4) voucher diskaun RM10 untuk pembelian akan datang dengan kami
Jika berminat, bole dapatkan dari kami di SihatCantek - 012 368 7774 - Nurul
Penghataran produk Shaklee ke seluruh Malaysia.
COD Bukit Jelutong,Denai Alam dan TTDI Jaya
No comments:
Post a Comment