Showing posts with label Amalan Kerohanian. Show all posts
Showing posts with label Amalan Kerohanian. Show all posts

Wednesday, 12 November 2014

Tips untuk ibu bekerjaya sentiasa bertenaga dan cergas

Assalamualaikum


Ramai ibu2 bekerja skrg ni, tapi di penghujung hari, pasti kite dh keletihan kan

Bila fikir, macamana ada ibu2 yg ada masa dan tenaga nk buat macam2, siap boleh masak setiap hari dan juga tetap boleh bangan awal setiap hari? Ada tips nak urus masa dan rumah dan nak dapatkan tenaga untuk ibu berkerjaya?


Ni antara pengalaman sendiri mengurus rumah dan anak dan kerja skali..
Wah banyaknye. Tp itula rutin kan

Antaranya, boleh amalkan zikir ini setiap masa, pada bila2 waktu teringat, waktu free, waktu marah pun boleh.
Agar sejuk hati kita dan mohon kekuatan agar dpt selesaikan urusan rumah dan sihat tubuh badan.
Juga doa skali utk dapatkan pahala dan redha Allah.
Walau apa pun yg kita buat, tujuan utaman tentulah nk dptkan redha Allah kan.
InsyaAllah

1) Zikir Fatimah


InsyaAllah akan lebih bertenaga. Amalkan dgn konsisten ye.
Pahala pun dpt. 






2)  Amalkan supplemen tambah tenaga. (Set Wellness Shaklee)


Part ni mmg saya amalkan Shaklee.

Teringat pengalaman mengandung anak kedua dan ketika tu anak pertama masih umur 2y+ saje. Masih kecil
Jadi awal2 mengandung mmg asyik letih je. Nak jaga anak lg..urusan rumah lg..aduyaii.

Teringat pesanan kawan. Kene makan supplemen..kalau tak..anak akan terabai..Sian kat anak kan

jadi saya pun konsisten makan Shaklee (Vitalea, Bcomplex, Vit C, Ostematrik). Masa ni mmg guna set ini je utk supplement tambahan. Masa dh masuk 3rd trimester baru add dgn Omega.
Alhamdulillah dgn izin Allah kesihatan dan tenaga badan semakin baik






Yg penting harus berusaha untuk menambah baik nilai kehidupan kite kan.
Kita berusaha, Allah yg menentukan

Jom berusaha jadi ibu dan isteri yg lebih baik


Jika ingin dapatkan produk-produk Shaklee bolehla menghubungi saya di:
 SMS/ Whatsapp: 012 368 7774 -NURUL
Email: sihatcantik10@gmail.com


Boleh COD di kawasan seperti berikut:
- Bukit Jelutong - Denai Alam - Alam Suria  - Cahaya SPK - TTDI Jaya - Seksyen 13 - MSU


Boleh COD di kawasan Shah Alam  dan penghantaran melalui pos ke seluruh malaysia.

SMS/ Whatsapp untuk harga terbaik dari kami!


Friday, 3 October 2014

Kelebihan ibadah korban yang perlu diketahui


Tidak dapat dinafikan lagi, ibadah qurban atau penyembelihan haiwan qurban merupakan satu ibadah yang cukup mulia. Ibadah ini yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT, jika dilaksanakan, inshaAllah akan beroleh banyak fadhilatnya. Sesungguhnya fadhilat serta kelebihan ibadah qurban ini, amatlah besar buat mereka yang melaksanakan perintah Allah ini. Antara fadhilatnya yang dapat saya kongsikan bersama di sini termasuklah:

1. Menambah amal kebajikan.

Zaid bin Arqam R.A. meriwayatkan (maksudnya): “Para sahabat Rasulullah bertanya: ‘Wahai Rasulullah! Apakah yang ada pada qurban itu?’ Rasulullah menjawab: ‘Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim’. Mereka berkata: ‘Apa yang akan kami perolehi darinya wahai Rasulullah?’ Rasulullah menjawab: ‘Bagi setiap helai rambut satu kebajikan’. Mereka berkata: ‘Bagaimana pula dengan bulu wahai Rasulullah?’ Rasulullah menjawab: ‘Bagi setiap helai bulu satu kebajikan.’” (Hadith riwayat Ibnu Majah)
* Pengertian kebajikan (hasanah) mempunyai maksud yang berbeza-beza di kalangan para ulama’ ahli tafsir. Hasanah adalah satu perkataan yang mempunyai maksud yang subjektif. Terdapat banyak penjelasan daripada mereka tentang tafsiran kalimah ‘hasanah’, antaranya:
# Ibnu Kathir: Kebajikan atau kebaikan (hasanah) di dunia itu meliputi semua yang bersifat keduniaan seperti sihat, selamat, tempat tinggal yang luas, isteri yang baik, rezeki yang banyak dan sebagainya. Manakala hasanah di akhirat pula, yang paling tinggi ialah masuk syurga dan selanjutnya semua kebahagiaan yang menjadi pelengkap kehidupan dalam syurga itu.
# Al-Qadhi al-‘Iyadh: Hasanah itu ialah ni3mat iaitu sama ada ni3mat dari segi limpahan kurnia di dunia atau limpahan kurnia di akhirat atau ni3mat terpelihara dari siksaan.
# Imam Al-Qurthubi: Hasanah membawa maksud iman. Sebagai contoh, barangsiapa yang mengucapkan syahadah, maka baginya setiap amalan kebaikan yang dilakukannya di dunia ini akan digandakan dengan sepuluh ganda dari segi pahalanya. Ini adalah berdasarkan hadith Rasulullah SAW yang bermaksud: “Allah berfirman: Sesiapa yang datang (melakukan) satu kebajikan, maka baginya sepuluh ganda pahala sepertinya dan Aku (Allah) akan menambahnya lagi.” (Hadith riwayat Muslim)

2. Mendapatkan keampunan bagi menebus dosa yang lalu.

Sabda Rasullah SAW kepada Sayyidatina Fatimah (maksudnya): “Hai Fatimah,berdirilah di sisi qurban mu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu”. (Hadith riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

3. Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah.

Sabda Rasullah SAW (maksudnya): “Wahai manusia, sembelihlah qurban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah qurban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla.” (Hadith riwayat Thabrani)
Rasulullah SAW juga pernah bersabda (maksudnya): “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Qurban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih haiwan qurban). Sesungguhnya haiwan qurban itu akan datang pada Hari Qiamat nanti lengkap dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan qurban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu laksanakan qurban itu dengan hati yang bersih.” (Hadith riwayat Tirmidzi)

4. Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim di akhirat kelak.

Sabda Nabi Muhammad SAW (maksudnya): “Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu di titian pada Hari Qiamat”.

Wednesday, 1 October 2014

Adab Membaca Al-Quran

Di antara adab membaca Al-Quran adalah:
  • Disunatkan membaca Al-Quran dalam keadaan berwudhuk dan dalam keadaan bersih kerana yang di baca adalah ayat-ayat Allah. Tangan kanan hendaklah digunakan untuk mengambil kitab ini, manakala menggunakan kedua-dua belah tangan semasa memegang Al-Quran.

  • Disunatkan membaca Al-Quran di tempat yang bersih, seperti di rumah, surau, musollah dan tempat lain yang dianggap bersih. Tempat yang paling utama adalah di dalam masjid.

  • Disunatkan menghadap ke arah Qiblat ketika membacanya. Bacaan hendaklah khusyu' dan tenang.

  • Mulut hendaklah bersih, tidak berisi makanan. Sebaiknya sebelum membaca Al-Quran, mulut dan gigi dibersihkan terlebih dahulu.

  • Sebelum membaca Al-Quran, disunatkan membaca ta'awwudz, iaitu meminta perlindungan Allah dari gangguan syaitan yang direjam. Doa bagi menerangkan hati juga boleh dibaca sebelum atau selepas membaca ta'awwudz.

  • Disunatkan membaca Al-Quran dengan tartil, iaitu membaca dengan perlahan-lahan dan tenang.

  • Bagi yang memahami maksud ayat-ayat Al-Quran, disunatkan membacanya dengan penuh perhatian dan pengertian tentang ayat-ayat yang di baca.

  • Disunatkan membaca Al-Quran dengan suara yang merdu dan bagus bagi menambah keindahan bacaan tersebut.

  • Seelok-eloknya, ketika membaca Al-Quran, pembacaan hendaklah sehingga tamat tanpa ada diputuskan kerana ingin berbual-bual, ketawa dan bermain-main.Kesucian Al-Quran hendaklah di jaga.
  •  
  • Source: Al-Azim