Boleh diamalkan untuk ibu-ibu yang sedang menyusukan
"Ya
ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku
untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku
agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."
Surah al-Hujurat
& al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi..,
Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kita, anak kita dan
banyakkan susu kita.Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki
itu semuanya datang dari Allah. Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga
tafsiran ayatnya.
Selain dari itu
amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada
breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan
supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pada anak kita hingga
sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun...
Dan (ingatlah)
ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami
berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya),
lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya
tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya
masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari
rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di
muka bumi".
Boleh juga amalkan zikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70
kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan
subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam
segelas air lalu diminum. Harus yakinlah dengan amalan tersebut. InsyaALLAH susu badan kita akan
bertambah jika kite sentiasa istiqamah dgn amalan yg tersebut di atas....